Jurang Laut Biruku

Selamat datang ke dasar laut biruku. Pastikan anda memakai sut ADS (Atmospheric Diving System) sebelum memulakan eksplorasi. Pastikan juga submersibles anda sudah diselenggara dengan baik. Ayuh kita menyelam!

Monday, March 22, 2010

Novel-novel

------------------------------------------------------------------------
> Bagi membaca entri terbaru, sila klik Newer Post di bahagian paling bawah.

> Untuk pengetahuan pelawat-pelawat budiman, blog ini hanya bertindak sebagai platform pameran buku-buku sahaja dan bukan sebuah jurnal peribadi atau diari seperti blog-blog lain. Dengan sebab itu juga saya hanya akan memperbaharui entri di sini selepas sesebuah buku itu diterbitkan. Konsep minimalist juga sengaja diaplikasikan supaya motifnya lebih terfokus. Walau bagaimanapun, saudara/saudari boleh memberi sebarang komen kerana saya sentiasa hadir di laman ini untuk membaca lantas memberi respons. Sekiranya sudara/saudari mahu berhubung dengan cara lebih efisien, sila ke laman Facebook saya. Hanya taipkan Nuriazam Ismail untuk carian. Terima kasih tidak terhingga kepada pembaca sekelian. 
------------------------------------------------------------------------



Novel baru? Hakikatnya, manuskrip cerita A Untuk.... ini dihantar pada November 2009 kepada Cik Shiela PTS Pro. Mungkin disebabkan tersalah jadual, maka penerbitan buku ini terpaksa ditunda ke Februari 2010, kemudian ditunda lagi ke bulan Mac 2010. Boleh jadi juga printer rosak, ataupun dakwat mesin cetak sudah kehabisan stok. Sementara menanti bekalan dakwat baru, buku ini terpaksa masuk ke gudang PTS selepas PBAKL 2010 berlangsung iaitu pada bulan April. Walau bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pasukan PTS Pro kerana berusaha menerbitkan buku ini walaupun mengundang banyak kontroversi. Alhamdulillah, syukur nikmat.


Cara kerja Cik Lia memang profesional walaupun beliau bukan pengurus PTS Profesional. Bayangkan manuskrip Arkitek Kampung Seberang yang setebal 380 muka surat sebelum diedit itu mampu diterbitkan dalam jangka masa satu bulan selepas dihantar dan diperbaiki. Sempat lagi masuk PBAKL 2010! Saya rasa mahu melompat sampai ke awan. Nasihat Cik Lia (nama sebenar. Nama samaran tertera pada kulit novel-novel beliau) memang saya pakai 120%. Terima kasih! Saya memang kagum dengan Cik Lia. Sungguh!
Dengan suara yang nyaring bak halilintar di langit (meskipun beliau sedang berbisik), Cik Lia mahukan saya hasilkan cerita lain lagi untuk PTS One/Syok! Siapa yang tidak syok apabila Jimi menghasilkan cover novel ala-ala stroke Moebius. Saya hampir-hampir berguling kegembiraan di atas lantai pejabat editorial sebaik sahaja terpandang cover novel ini. Mujur saya mampu mengawal sikap cool saya daripada melakukan aksi buruk itu. Satu tepukan buat Jimi!


Saya fikir, selepas Nazri a.k.a Vovin bertukar kerusi, beliau mahu berhibernasi. Rupanya-rupanya beliau terus merisik khabar. Idea asal Parameter Aquila adalah sebuah novel grafik. Memandangkan saya sendiri ketiadaan masa mahu melukis, maka saya tukarkan formatnya kepada novel. Novel ini siap pada November 2009 tetapi pada helaian pertama buku ini tertera nombor 2010. Mungkin supaya sejajar dengan waktu PTS Fortuna yang sudah mahu diperbadankan.
Sebaik sahaja saya menandatangani surat perjanjian serentak dengan waktu novel ini masuk setor, Nazri a.k.a Vovin hilang dari pandangan mata kasar. Dengar cerita jadi wanderer. Kini PTS Fortuna sebuah pasukan baru. Zaki Zainol yang mengedit Parameter Aquila juga sudah jadi editor pengurusan. Manakala Ainn Ngainon dan Syafiq, editor perolehan. Faizal Mukhtar yang separa kacak itu pula sebagai pengurus penerbitan. Bravo PTS Fortuna!


Working title
novel Gitar dan Lolipop ialah Tremolo-XY. Memandangkan tajuk itu langsung tidak mampu menambat hati pembeli jauh sekali pembaca, maka ia ditukar. Saya sungguh gembira dengan pertukaran itu. Waktu ini PTS One dibawah kelolaan Nazri a.k.a Vovin (2008). Beliau yang memperkenalkan logo kucing hitam di sudut kanan kulit buku ini sebelum beliau berpindah ke PTS Fortuna. Nampaknya, Alif Firdaus sungguh berhati-hati semasa mengedit buku ini. Tahniah Alif! Kini beliau sedang bertungkus lumus berenang dengan mengenakan sut tekanan tinggi sambil menyelam di jurang lautan baru bersama Hairi a.k.a Wanzu. Maju Komik M!


Semasa menulis cerita Sindrom VX, PTS Fortuna masih belum diperbadankan. Dengan sebab itu juga, PTS One dibawah seliaan Puan Norhazizam pada waktu itu (2007) menerbitkan novel Sai Fai + Fantasi ini. Kak Nor memang percayakan saya. Terima kasih, Kak Nor. Sindrom VX juga merupakan novel solo pertama saya.
Novel ini juga mengingatkan saya kepada Allahyarham Zafran a.k.a Panaharjuna. Sebaik sahaja saya menerima novel ini sebagai author's copy, kami berdua bertukar-tukar novel berdasarkan sistem barter. Di bahagian dalam novel beliau yang bertajuk Pendekar Merah Budiman, beliau memberi semangat supaya saya terus menulis. Beberapa hari kemudian saya mendapat panggilan daripada Alif Firdaus menyatakan yang Panaharjuna sudah tiada buat selama-lamanya.


Selepas menghadiri bengkel menulis novel kelolaan Puan Ainon (Pengerusi PTS yang popular dan dihormati), saya cuba jinak-jinakkan jari bagi menaip cerita. Disebabkan jari saya sudah disetkan memegang media seperti pensel, pen, berus, warna dan tablet, jadi agak kekok juga apabila terpaksa menekan keyboard sambil mencurah idea bercerita.
Maka, pada satu tarikh yang saya sendiri tidak ingat (yang pasti pada tahun 2006), saya dan Anne (Bukan nama sebenar. Nama sebenar beliau tertera pada kulit buku) singgah di kedai mamak bagi membincangkan perihal bagaimana mahu menulis cerita Kaki Bola. Beliau tersengih-sengih sambil mendengar saya bercerita dan dalam masa yang sama tangannya rancak menulis rangka cerita pada sekeping kertas. Selepas habis saya membebel, saya pun mengambil kertas yang dicatitnya untuk dikarang di rumah. Saya bersetuju taipkan cerita itu terlebih dahulu memandangkan otak kanan saya sudah penuh dengan taktik dan teknik berkenaan permainan bolasepak yang mesti diluahkan dengan secepat mungkin. Juga sebelum idea itu terbang ke tempat lain. Maklumlah, nostalgia menyarung jersi pasukan sekolah hingga ke peringkat negeri masih menghantui fikiran.
Anne memantapkan lagi jalan cerita itu selepas saya sendiri sudah kehabisan strategi. Beliau sendiri yang memilih untuk menamatkan ceritanya begitu. Saya pun bersetuju. Terima kasih Anne. Bila mahu hasilkan Kaki Bola 2? Apa? Esok?


Selepas menutup pintu pagar semasa mahu ke kedai, saya menerima panggilan telefon dari Anne. Beliau mahu saya siapkan komik setebal 120 muka surat dengan kadar segera. Saya mula garu kepala yang sedikit gatal akibat panahan cahaya matahari pukul 10.00 pagi. Sambil melintas jalan menuju ke kedai, saya cuba memerah otak mencari idea cerita. Alhamdulillah, idea itu mengalir deras. Selepas pulang dari kedai, saya terus capai kertas dan pensel. Dalam masa 20 hari saya berjaya siapkan komik Misi Aurora ala kartun Tintin ini beserta proses memasukkan gray tone dan dialognya.
Pada asalnya, Misi Aurora bukan produk Komik-M tetapi terbitan PTS One pada tahun 2006. Komik ini dan komik Orang Kuat karangan Alifstyle boleh dikatakan sebagai comics set-up project kepada PTS One sebelum Komik-M ditubuhkan. Lihat sahaja logo pada sebelah kanan bahagian atas cover.




S. Iskandar a.k.a Ubdertaker ialah seorang pakar patologi di Gribbles. Setiap hari kerjanya meneropong sel menerusi mikroskop elektron. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di UPM dan menjadi ketua Jabatan Patologi di Hospital Kangar, Perlis.
Kami berdua pernah menghanguskan wang dan tenaga demi memuaskan perasaan sendiri semasa menghasilkan majalah komik alternatif suatu waktu dahulu. Beliau sememangnya kaki baca buku, lebih-lebih lagi media komik. Beliau banyak membantu saya dalam bidang ilmu komik dan pra-tonton filem. Thanks a lot, mate! May God bless you!
Waktu lapang, kami sering berlari di Bukit Komenwel sambil melakukan aktiviti parkour serta disiplin senaman lain. Beliau juga amat gemar berforum dan forum yang menjadi kegemaran beliau ialah pergh.com.
Novel Kutakluki Angkasa Roket Gabus terbitan PTS One tahun 2006 terhasil sebelum Dr. Sheikh Muszaphar ke Stesen Angkasa Antarabangsa buat pertama kalinya. Maafkan kami berdua kerana menerjah ke angkasa lepas sedikit lebih awal daripada pelepasan roket Soyuz.
Novel ini diterbitkan dalam bentuk trilogi. Siri kedua, Space Camp dan ketiga, Space-X dihasilkan pada tahun 2007 dan 2008.
Kini S. Iskandar sedang menyibukkan diri dalam proses menghasilkan novel fantasi solo sulung beliau. Sama-sama kita nantikan.










Sebelum memulakan projek melukis komik bagi novel separa komik bersiri Penyiasat Ekstrovert karangan Tuan Mohamad Kholid, saya juga menghasilkan komik bagi novel separa komik dengan Dr. Haslisa Ramli, Ashadi Zain, Ida Rizyani Tahir dan Mohammad Kayum Badaruddin dengan tajuk-tajuk Impian Harlina, Tekad Khalili, Azam Farid dan Askar Berjalan Kaki. Projek-projek pada tahun 2005 itu boleh dikatakan sebagai trial exam bagi saya dengan PTS One. Terima kasih kepada penulis-penulis yang saya sebutkan nama mereka sebentar tadi.
Berbalik kepada Tuan Mohamad Kholid Hamzah. Saya berpeluang bersua dengan beliau sebanyak dua kali sahaja. Pertama semasa menghadiri bengkel menulis kelolaan Puan Norhazizam pada tahun 2005 dan kali kedua semasa PBAKL 2007. Saya fikir aksi saya sudah dikira cool. Rupa-rupanya misai Tuan Mohamad Kholid lebih cool. Itu baru misai, belum lagi orangnya.
Tahniah saya ucapkan buat Tuan Mohamad Kholid kerana berjaya menghasilkan sepuluh siri Penyiasat Ekstrovert tanpa ragu-ragu. Terima kasih juga kerana percayakan kreadibiliti saya bagi menyelitkan 30% adegan-adegan komik di dalamnya. Terharu saya dibuatnya.

22 comments:

  1. Semoga Tuan Nuri bersemangat lagi menulis novel dengan PTS.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Nuriazam,

    Novel pertama tulisan tuan yang saya beli ialah "Parameter Aquila.' Saya rasa novel tersebut terlalu 'ringkas' menyebabkan saya rasa tak puas hati dengan tuan...maafkan saya (-_-;).

    Tapi, walaupun tak puas hati, hari ini tetap membeli novel tuan yang bertajuk 'Arkitek Kampung Seberang.' Teruja juga melihat tajuk2 novel di atas. Bajet ok saya akan dapatkan, insya-Allah (^_^)

    Akhir sekali, terima kasih kerana sudi singgah blog saya yang tak seberapa tu...(^_^;)

    ReplyDelete
  3. Salam kembali kepada Siti R.

    Parameter Aquila terpaksa diringkaskan demi menyahut desakan Tuan Vovin yang kurang sabar mahu menerbitkan novel itu dengan kadar segera. Dari aspek lain, mungkin ia sengaja dibikin ringkas agar menarik minat pembaca remaja yang kurang 'hard-core' dalam genre sai-fai. Saya cuba mengelak daripada menulis naratif bosan yang terlalu panjang dan cuba memberi fokus kepada elemen aksi seperti pergerakan panel dalam komik. Saya akui kelemahan itu. Bukan Siti seorang sahaja yang tidak puas hati, malah ada juga suara-suara lain yang memperkatakan hal yang sama. Insya-Allah selepas ini, sekiranya saya punya ruang dan waktu, hal ini tidak akan berulang.

    Terima kasih kerana memberi komen.

    ReplyDelete
  4. Oh, ya. Kepada Siti R lagi. Terima kasih juga kerana membeli Arkitek Kampung Seberang. Ini bukan sai-fai, ya? Saya hanya mampu tersengih dan mengucapkan syukur kepada Tuhan. Wassalam....

    ReplyDelete
  5. kacak aku yang separa lagi itu... aku simpan untuk suatu masa nanti!

    Next time, gadget! NEEXXTT TIMEEE!!!

    ReplyDelete
  6. salam bro nuri.. aku baru baca novel hang satu - 'gitar dan lolipop' yg dikirimkan oleh Raja semasa aku di NZ.. thanks sb ada nama aku kat situ.. har har har.. ok utk remaja tapi kalau umur cam aku rasa tak mencabar nak membaca.. apa kata hang try tulis satu heavy punya novel dengan bahasa yang lebih sasteron.. anyway utamakan dulu hang punya khalayak pembaca.. bila nak pekena teh tarik?

    ReplyDelete
  7. Whoa, dude! Where's my car? I mean, where's my gadget? Aku tahu kau perlukan sesuatu yang menjiwangkaratkan jiwamu. Agar dunia ini bisa dijiwangkaratkan sehabis mungkin! Nanti dulu. Biar aku ikat tali kasut dulu sebelum kau membelai mesra misai ayu kau. Ahaks!

    ReplyDelete
  8. Kata-kata di atas di tujukan buat faizalmukhtar. Tiada kena-mengena dengan yang lain.

    ReplyDelete
  9. To jesz. Memang Gitar Dan Lolipop untuk bacaan remaja belasan tahun. Aku tulis nama member lama sebagai dedikasi sahaja. Hang dah balik M'sia atau hang dah bina banglo di New Zealand dan jatuh cinta dengan burung kiwi? Call aku kalau free.

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan Nurie, terima kasih kerana sudi blog saya yang sudah berkarat itu. Perimeter Aquila dan Misi Aurora saya sudah baca. Saya SANGAT SUKA stroke Tuan dalam Umbra (dua atau tiga isu komik itu adalah harta karun dalam koleksi saya). Bila lagi nak keluarkan komik dalam siri Komik-M?

    ReplyDelete
  11. Warisjagat yang dihormati. Salam kembali. Blog yang sudah berkarat boleh dinaiktaraf. Terima kasih kerana sudah mendapatkan Parameter Aquila dan Misi Aurora.
    Stroke dalam Umbra prog 1, macam stroke orang tak cukup makan. Stroke U2 pula over hatching. Yang ke 3 dan seterusnya, terlalu control macho. Hahaha! Baguslah simpan buat koleksi sebab harta karun itu tidak mungkin wujud lagi.
    Saya ada menghantar proposal komik dengan tajuk Gurakas kepada Komik-M, namun saya menyimpan semula proposal itu kerana terpaksa memberi fokus kepada penulisan kreatif yang lelehan ideanya seakan tidak mampu dikawal.
    Sekian.

    ReplyDelete
  12. salam bro nuri malmsteen.. nak kena guna bahasa Melayu baku, bahasa bombastic atau boleh saja dirojakkan di sini? hehe.. bro, aku cadangkan supaya bro buat sinopsis bagi setiap judul buku untuk dimuatkan dalam blog ini.. kadang-kadang aku tetiba saja menjadi remaja untuk membaca novel-novelmu. Satu lagi bro, ada hutang yang perlu aku langsaikan.. kalau lewat di Putrajaya panggillah aku di kosong satu sembilan empat empat dua tiga tiga tujuh tujuh.. jesslabu

    ReplyDelete
  13. Malmsteen? Hahaha! Aku suka lagu Learn's Dream Suit Opus 4 dan Trilogy Suit Op 5.
    Dalam konteks penulisan, ada baiknya gunakan BMT(Bahasa Melayu Tinggi) sebab ia lebih evergreen. Kalau bukan 100% pun, hampir-hampir pun tak apa.
    Kalau guna bahasa slanga, blog kelihatan trendy. Barang trendy tak tahan lama. Bahasa slanga juga mampu membuatkan sebahagian pembaca menganggap kita berada dalam fasa pra-matang.
    Aku akan cuba hasilkan sinopsis novel pada pos akan datang.
    Tak kisah kalau sesekali berfikiran remaja asalkan berpegang pada akidah yang benar.
    Hutang zaman bila? Masa jadi hostelite? Aku pun tak ingat.
    Insya-Allah kalau aku ke Putrajaya, aku dail nombor yang ditulis dalam bentuk ejaan di atas.
    Terima kasih, Jesslabu.

    ReplyDelete
  14. salam, aku rasa elok hang tulis kisah2 hidup di asrama dari form 1 hingga selesai tugas hang sebagai pelajar. Aku boleh sokong dengan gambar2 lama yang masih banyak dalam stok aku.

    ReplyDelete
  15. Mazlan. Salam kembali. Terima kasih kerana sudi memberi pandangan dan singgah di sini.
    Aku kurang faham dengan maksud hang. Adakah hang mahu aku hasilkannya dalam bentuk bahan cetak ataupun sekadar menulis di dalam blog.
    Insya-Allah perkara itu akan terhasil sekiranya aku punya lebihan masa satu hari nanti. Fotograf yang mahu dikirim, sebaiknya kepilkan sahaja dalam e-mel dan pastikan resolusi pikselnya melebihi 100.
    (Nota kepada para pembaca komen yang lain: Tuan Mazlan Taat dan Jesz Jem ialah sahabat saya semasa di sekolah menengah. Sila abaikan bahasa utara yang kami gunakan kerana kami sudah terbiasa dengan amalan ini sejak dahulu.)

    ReplyDelete
  16. salam tuan..

    perghhh.. aku semalam lalu di toko bukan jual buku saja.. baru terperasan 'arkitek kampung seberang'

    dengan impak lukisan cover yang sungguh menawan itu.. berjaya menawan aku untuk berhenti membelek tapi belum membeli..

    aku pasti beli sebab sudah masuk dalam list kena beli..

    tahniah tuan.. teruskan perjuangan..

    ReplyDelete
  17. Salam Emio,

    Toko bukan jual buku yang jual buku. Jangan toko urut refleksologi, sudah. Menarik bunyinya. Apa lagi yang aku mampu cakap selain terima kasih tidak terhingga buat kau.

    ReplyDelete
  18. berapa lama buat research ni? mesti pening kan?

    ReplyDelete
  19. Oh, Zu.

    Research dan memerah otak mencari idea itu satu hal. Membangkitkan ghairah, mood dan kekuatan menulis, hal yang lain pula. Kesimpulannya, banyak hal. Berapa lama buat research, jawapannya subjektif. Sebab itu wujud Bulan Larian Pecut Di Bukit Komenwel sambil bikin Parkour. Pening atau tidak, juga subjektif. Bergantung kepada berapa lama kita tidur dengan mimpi yang indah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. macam mana aku baru perasan komen ini dibalas akhirnya?

    ReplyDelete
  21. Zu, menjawab soalan itu penting dan wajib. Ia beranalogi dengan soalan dalam peperiksaan. Sekiranya soalan tidak dijawab, sudah tentu markah yang bakal diterima ialah sifar. Jawapan paling ringkas ialah; oh, ya, okey, heh, huh, hah? Bolehlah, cantik, bosan, positif, negatif, what the heck? Hmm... atau apa-apa sahaja yang relevan. Sekurang-kurangnya kita tidak membiarkan pencipta soalan meneka dalam kesamaran lantas terus melakukan spekulasi luar kawal yang ada kalanya cukup melampau. Hahaha....

    ReplyDelete